Dry Brushing? Apakah Ia & Adakah Ia Benar-benar Berfungsi?

Trend dalam dunia kecantikan akan senantiasa berkembang seiring dengan perkembangan teknologi yang sedang terjadi. Salah satu yang kini menjadi trend lagi adalah penggunaan teknik dry brushing. Teknik ini tidak asing lagi dapat membuang sel kulit mati dan akan mencerahkan kulit anda. Kulit wajah dah putih takkan la dekat celah-celah pelipat taknak putih kan?? ??

Hai CikPuan Tunggu apa lagi?? takkan nak murung ? di pagi Raya dengan memikirkan kulit gelap di celah-celah pelipat anda tuu?? Luar je cantik belah dalam aihhh malu la nak cerita..??

Image by swansonvitamin.com

Apa itu dry skin brushing?

Dry skin brushing ialah  memberus kulit secara lembut menggunakan berus yang bertekstur halus. Aha!. Mudah cerita sental kulit la kann… Sekiranya dilakukan dengan teknik yang tepat membawa seribu satu kebaikan kesihatan untuk tubuh badan. All you need is a single gentle brush. ??

Kebaikan memberus kulit @ Dry skin brushing. ?

Kulit berperanan sebagai toxic remover. Kulit kita ni paling lambat menerima nutrisi yang kita makan sebab ia lapisan paling luar tapi.  Kudis timbul, jerawat naik, panau , kurap , kayap everything appears out. Lapisan kulit kita ni hidup dan setiap hari sel kulit mati akan terbentuk di permukaan. So memberus kulit membantu menyingkirkan sel kulit yang dah terkorban ni dan membolehkan toxic dikeluarkan dari tubuh badan dengan lebih effisien.

Antara kebaikan dry skin brushing:

?Melembutkan tekstur kulit dan memberi lebih ruang untuk kulit bernafas.
?Memberus bahagian yang bermasalah especially kat belakang paha tu akan melembutkan lemak degil yang terdapat di bawah skin layer. Dengan cara ini, huh! bye2 selulit huduh!
?Mengaktifkan sistem limfa untuk imunisasi lebih kuat. Sistem limfa manusia berperanan dalam pembuangan toksik dan bergerak secara sehala.  Memberus kulit kearah point-point lymphatic ini ibarat seperti polis trafik yang mengawal pandu kenderaan kerabat-kerabat VVIP ketika di atas highway.
?Meransang peredaran darah ke seluruh badan. Aktiviti memberus ini macam mengurut juga ianya mengalakkan peredaran darah.
?Memberus kulit juga mengaktifkan muscle fiber dan saraf yang akan membuatkan anda tetap terjaga dan lebih bertenaga
?Dry skin brushing ketika hamil boleh mengurangkan kesan strechmark.

GRAB SEKARANG UNTUK TAMPIL CERAH GEBU DI HARI RAYA NANTI!!??

Leave a Reply