2 Kelebihan Utama Urutan Kaki di Akma Spa
1. Membuang Toksin
Toksin merupakan bahan buangan yang beracun yang terkumpul dalam badan kita. Toksin bukan saja menghancurkan fungsi-fungsi pencernaan kita secara normal, tetapi juga dapat mengikuti peredaran darah ke bahagian-bahagian organ tubuh kita, lalu merosakkan system sirkulasi (pembuluh-pembuluh darah), organ-organ penyaring (system hati dan ginjal), dan organ-organ pengeluaran (system gastrousus).
Sebenarnya, semua toksin yang tidak dapat dinyah keluar daripada badan berkumpul pada kaki, jadi apabila urutan dibuat, toksin akan mengalir dan keluar melalui sistem perkumuhan.
Jika perjalanan darah tidak lancar, organ-organ tubuh badan akan sukar mendapat zat makanan manakala bahan buangan yang patut dikeluarkan akan terperangkap maka toksin itu mendap dalam saluran darah. Keadaan ini akan menyebabkan fungsi bahagian badan anda akan terganggu kerana tidak cukup darah dan zat makanan.
2. Melancarkan Perjalanan Darah
Untuk memastikan tubuh badan kita berfungsi secara normal, setiap bahagian organ memerlukan darah kerana ianya yang akan membawa zat makanan yang diperlukan oleh badan seperti vitamin, hormon, antibodi, oksigen serta membawa keluar bahan buangan dan toksin dalam badan.
Lancarnya perjalanan darah maka makin sihatlah tubuh badan kita. Jika salah satu organ badan bermasalah, maka ia memerlukan perjalanan darah yang lancar untuk membantu proses penyembuhan.
Urut refleksologi ini akan menanggalkan kotoran-kotoran atau sumbatan pada saluran darah pergi (arteri) sehinggalah darah dapat mengalir dengan sempurna ke seluruh organ tubuh yang memerlukannya.
Tanpa adanya halangan, maka organ tubuh akan dapat bekalan yang cukup baik oksigen maupun zat-zat makanan dan pada akhirnya setiap organ itu akan dapat berfungsi dan menjalankan kerja-kerjanya dengan sempurna.
Ia juga akan menanggalkan kotoran-kotoran yang melekat dalam saluran darah balik (vena) sehingga proses penghantaran darah yang mengandungi toksid samada karbn dioksida ataupun kotoran ataupun sel-sel yang sudah mati akan berjalan dengan baik, sehingga semua kotoran yang seharusnya terbuang akan dapat dibuang dengan sempurna