Tips Langsing dengan cepat dan berkesan sepanjang bulan Ramadhan. Jom Kurus Sebelum Raya!

Aduh, patutnya bulan puasa ni lagi senang nak turunkan berat badan. Tapi dah seminggu puasa ni rasanya makin naik adalah. Apa yang silapnya?”

Di samping memfokuskan pada ibadah puasa, ramai yang memasang niat untuk memanfaatkan bulan Ramadhan untuk menurunkan berat badan. Ironinya, ia nampak mudah tetapi ramai yang terkandas dalam misi ini.
Mana tidaknya, begitu banyak godaan di bazaar Ramadhan termasuklah undangan berbuka puasa di sana sini. Dalam pada itu, ada juga yang telah mengehadkan pemakanan tetapi tetap tidak berhasil menurunkan berat badan.

6 Tips penting untuk Kekal Kurus Di Bulan Ramadhan

1. Minum 8 Gelas Air Kosong

Semasa bulan puasa ini, kita mempunyai masa yang terhad untuk mencukupkan keperluan air kosong. Seeloknya, lebihkan pengambilan air kosong pada waktu malam dan terhadkan 2-3 gelas saja pada waktu sahur kerana cara ini lebih berkesan untuk mengekalkan hidrasi tubuh.
Kalau ikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia, cadangan mencukupkan 8 gelas air sehari adalah seperti ini:
  • 1 gelas selepas bangun sahur
  • 1 gelas selepas bersahur
  • 1 gelas selepas azan Maghrib
  • 1 gelas selepas solat Maghrib
  • 1 gelas selepas berbuka
  • 1 gelas selepas solat Isyak
  • 1 gelas selepas solat Terawih
  • 1 gelas sebelum tidur

2. Jangan ‘Skip’ Sahur

Walaupun ‘skip’ sahur boleh mengurangkan pengambilan kalori, tetapi ia adalah amalan yang tidak sihat. Malah, ia cenderung menyebabkan kita makan lebih banyak semasa berbuka.
Lagi pula, amalan bersahur adalah sunnah dan amat digalakkan dalam Islam walaupun hanya dengan buah kurma.

3. Ambil Protein Mencukupi

Semasa sahur, jangan lupa tambahkan pengambilan protein untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Telur putih, daging bakar, ikan stim / asam pedas, atau ayam kukus adalah pilihan terbaik untuk orang yang berdiet. Kalau setiap kali sahur makan overnight oats saja tentu bosan.
Tak salah makan nasi, mee atau bihun, cuma kuantitinya biarlah sederhana dan cara masakannya perlulah diperhatikan. Dalam segenggam saja sepatutnya cukup untuk keperluan harian.
Kalau boleh, elakkan juga makanan masin semasa sahur kerana ia boleh menjadikan kita cepat haus nanti.

4. 2-hour Rule

Inilah antara sebab kita susah nak kuruskan badan di bulan puasa. Selalunya kita akan tidur dalam masa terdekat selepas bersahur. Lepas solat tarawih pula, kita akan makan snek, berbaring dan kemudian tidur.
Tabiat ini menyebabkan lemak akan terkumpul dalam tubuh dari hari ke hari. Malah, ia mengganggu sistem pencernaan dan boleh mengundang pelbagai penyakit jika kerap menjadi amalan. Sekurang-kurangnya, tunggu 1 jam setengah hingga 2 jam untuk perut memproses makanan sebelum tidur.

5. Kekal Aktif

Berpuasa bukanlah alasan untuk kita tidur dan bermalasan sepanjang hari. Walaupun tidak bersenam, cuba sedaya upaya untuk mengekalkan aktiviti harian dengan melakukan kerja rumah, bergotong-royong, membantu ibu ayah, dan sebagainya. Jangan tangguhkan semua kerja ini untuk dilakukan selepas berbuka supaya anda boleh fokus pada ibadah lain pada waktu malam.
Di samping merebut pahala, sebenarnya solat tarawih juga dapat membakar kalori. Ia dapat meringankan tubuh yang ‘berat’ selepas diisi pelbagai makanan semasa berbuka. Malah, menurut Kevin Zahri, ia mampu membakar hingga 200-300 kcal bergantung kepada durasi dan suhu masjid.
Apapun, pastikan objektif utama solat tarawih adalah untuk mencari keredhaan Allah bukan sekadar nak kuruskan badan di bulan puasa.

6. Gantikan Snek Sihat

Kalau terasa nak minum minuman manis, buat sendiri smoothie buah-buahan tanpa gula. Kalau terasa nak kunyah-kunyah, makan kekacang sihat tanpa garam seperti almond, kacang badam, atau buah-buahan kering – kismis, kurma, aprikot, buah tin, dan sebagainya. Bagus juga kalau buat salad buah-buahan dan sayur.
Menurut kajian di Universiti Tokyo, buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan kandungan air dapat membantu seseorang cepat kenyang dan makan dalam kuantiti yang kurang. Antara contoh buah-buahan dan sayuran itu adalah:
  • Brokoli
  • Kobis / kobis bunga
  • Tembikai
  • Bayam
  • Timun
  • Epal
  • Strawberry
  • PearClick link ini utk grab promo slimming raya >>> https://app.senangpay.my/payment/152531940693

Leave a Reply